Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Banjir di Ijok Perak kesemua penduduk sudah kembali pulang ke rumah masing-masing kira-kira 8 pagi tadi

  • Published in Berita Semasa

PERAK - Tiga keluarga di Kampung Sungai Segar, Ijok, Perak terjejas akibat banjir, malam tadi.

Banjir menyebabkan lima penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara susulan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan air mula naik.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Selama, Azman Amat, mereka dipindahkan jam 10 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua penduduk sudah kembali pulang ke rumah masing-masing kira-kira 8 pagi tadi.

Jelasnya, keadaan di kawasan yang terjejas setakat ini terkawal.