Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Standard Pengurusan Audit Nilai 2.0 Perkhidmatan Awam dilaksana tahun hadapan

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA - Standard Pengurusan Audit Nilai (SPAN 2.0) akan dilaksanakan mulai tahun depan, bagi pengurusan nilai dalam perkhidmatan awam yang lebih berstruktur dan berkesan.

Jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, SPAN 2.0, yang menggantikan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang dilaksanakan sejak 2007, merangkumi tiga perkara iaitu Pengurusan Program Nilai, Audit Nilai menggunakan Sistem Audit Nilai (iNSAN) dan intervensi nilai.

Ketika berucap merasmikan Seminar Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam di Putrajaya, Fuziah berkata, mulai tahun depan juga, audit nilai melalui iNSAN akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi memudahkan pihak pengurusan agensi melaksanakan audit nilai dan menyediakan laporan.

Integriti dan keutuhan nilai peribadi katanya selari dengan seruan kerajaan mewujudkan negara bersih dan bebas rasuah dalam cabaran landskap ketidaktentuan semasa.

Keperluan pengurusan amalan nilai yang sistematik juga akan menimbulkan kesedaran dan memperkukuh penghayatan integriti yang disasarkan.

Seminar berkenaan dihadiri lebih 400 peserta terdiri daripada kakitangan unit integriti, pengurusan sumber manusia dan pegawai-pegawai psikologi dalam perkhidmatan awam.