Tuesday, October 22, 2019
updated 1:43 AM UTC, Oct 22, 2019

Borang Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) sebagai dokumen rasmi mohon Lesen Vokasional berkuatkuasa 1 Oktober

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Anthony berkata bermula 1 Oktober lalu, borang pemeriksaan kesihatan (JPJL8A) yang baharu hendaklah diguna pakai sebagai dokumen rasmi bagi syarat dalam prosedur permohonan atau pembaharuan Lesen Vokasional.

Pemandu perlu mendapat pengesahan pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar menggunakan borang pemeriksaan kesihatan.

Loke berkata semua urusan pemeriksaan dan penilaian kesihatan akan dilaksanakan sepenuhnya Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah penetapan caj perkhidmatan.

Isu berkenaan timbul disebabkan borang pemohonan sebelum ini tertulis bayaran maksimum RM80, dan ada pihak yang mengambil kesempatan mengenai hal tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan e-hailing di Putrajaya.