Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Pelaksanaan Kod Khas "AH" bagi kenderaan e-hailing tidak dipapar pada geran

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA - Pelaksanaan kod khas "AH" bagi kenderaan persendirian e-hailing oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan dipaparkan di geran kenderaan.

Kod berkenaan hanya dibuat untuk tujuan pentadbiran JPJ dan akan ditukar kod kegunaan secara automatik dalam sistem mySIKAP. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan ia diperkenalkan bagi memudahkan JPJ mengenal pasti kenderaan persendirian yang digunakan bagi perkhidmatan e-hailing.

Justeru, pemilik dan pemandu kenderaan e-hailing tidak perlu hadir ke JPJ bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan e-hailing di Putrajaya.