COVID-19 : 4 ditahan termasuk peserta tabligh



BAYAN LEPAS, 21 Mac
- Polis menahan 4 individu termasuk seorang wanita dalam satu sekatan jalan raya di Pulau Pinang, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka pernah menghadiri perhimpunan Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia, di Petaling Jaya bulan lalu.

Menurut Ketua Polis daerah Barat Daya, Supritendan A A Anbalagan, kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 57 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.

Becakap di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menambah, jemaah tabligh itu bertindak meragukan selain cuba mengelak daripada sekatan jalan raya tersebut.

Salah seorang anggota polis yang memegang ahli tabligh ketika sekatan itu turut diminta kuarantin diri selama 14 hari.