COVID-19 : Kes positif di Singapura meningkat



SINGAPURA, 21 Mac
- 40 lagi kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 385 kes.

Daripada 40 kes baharu itu, 30 adalah kes dari luar dan bakinya, adalah kes tempatan.

Kes dari luar yang baharu mempunyai pelbagai sejarah perjalanan ke negara-negara berbeza seperti United Kingdom, Indonesia, Jerman dan juga Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatannya Kenneth Mak berkata, Singapura bakal melaksanakan langkah penjarakkan selamat yang lebih tegas bagi mengurangkan lagi jangkitan COVID-19

Antaranya mulai sekarang sehingga 30 Jun tahun ini, semua acara dan perhimpunan yang dihadiri 250 peserta atau lebih pada satu-satu masa perlu ditangguhkan.