Logo

COVID-19: Hotel Sepanyol jadi hospital sementara



SEPANYOL, 21 Mac
- Berikutan wabak COVID-19 yang semakin merebak di Sepanyol, pesakit terpaksa dibawa ke sebuah hotel di Madrid yang dijadikan hospital sementara.

Pesakit dibawa dengan beberapa ambulan yang diiringi anggota polis ke Hotel Ayre Colon Gran di ibukota Madrid.

Semalam, pihak berkuasa Sepanyol mengumumkan jumlah kematian akibat wabak COVID-19 telah mencapai lebih 1,050 orang.

Manakala 20,412 jangkitan telah dilaporkan di negara itu.

Sepanyol kini berada dalam minggu pertama perintah berkurung.

Kerajaan berusaha mengurangkan kadar penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Jalan-jalan di Madrid kini tenang dengan orang-orang menghormati langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyekat penyebaran virus COVID-19.

Sepanyol adalah negara kedua tertinggi dilanda wabak COVID-19 di Eropah selepas Itali.

Lebih daripada 10,000 orang dimasukkan ke hospital, dengan lebih daripada 1,000 pesakit dirawat di unit rawatan rapi.

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.