Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Perlu pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 elak mangsa kezaliman

  • Published in Berita Semasa


PARLIMEN - Ketika menggulung RUU berkenaan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata pemansuhan Akta 803 itu bagi mengelak mana-mana individu menjadi mangsa kezaliman.

Beliau turut mengulangi kenyataan semasa perbahasan kelmarin bahawa undang-undang itu digubal secara tergesa-gesa.
Tambahnya, definisi atau tafsiran akta itu juga terlalu luas.

Beliau mengulas persoalan blok pembangkang yang mengatakan mengapa kerajaan masih mahu memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar itu walaupun ditolak oleh Dewan Negara.

Keseluruhan seramai 25 orang Ahli Parlimen termasuk dari pihak kerajaan membahaskan RUU berkenaan.