Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Kerajaan tidak akan mewujudkan persaingan perniagaan tidak sihat di negara ini - Menteri KPDNHEP

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan sesekali mewujudkan persaingan perniagaan yang tidak sihat di negara ini kerana boleh memberi impak negatif kepada ekonomi negara. 

Justeru Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menggesa semua rakyat menyokong pembelian barangan buatan Malaysia untuk kebaikan bersama.

Tambahnya lagi, persaingan yang sihat akan membawa kepada penawaran harga yang stabil di pasaran.

Beliau menjawab pertanyaan ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut menolak kempen beli produk bumiputera sebaliknya utamakan barangan buatan Malaysia.