COVID-19 : Bertambah 130 kes lagi



KUALA LUMPUR, 21 Mac
- 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif 1,030 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu, 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 12 kes telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan 87 orang telah di discaj daripada wad.