COVID-19 : Kematian ke-3 dalam negara - CPRC



KUALA LUMPUR, 21 Mac
- Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) menerima laporan satu lagi kematian COVID-19, iaitu kes ke-152 pada pukul 6.27 petang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini adalah tiga kes.

Dalam satu hantaran di Facebook, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, kes ke-152 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac kerana mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Yang Teruk.

Bantuan mesin pernafasan telah diberikan dan beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

Kesihatannya semakin merosot dan telah disahkan meninggal dunia.