Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Pelajar tajaan MARA lebih ramai akan diberi peluang lanjut pengajian di Korea

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bakal menambah jumlah pelajar dari institusi pengajian tinggi milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke pusat penganjian tinggi di Korea dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Sri Rina Harun berkata, setiap tahun seramai 20 pelajar dibawah tajaan MARA dihantar untuk melanjutkan pelajaran di dua buah universiti berkenaan dan jumlahnya akan ditambah sekali ganda.

Setakat ini, MARA telah mengada kerjasama dengan Universiti Hanyang dan Ewha Woman’s University di Korea.

Program tersebut juga dirintis setelah melihat kejayaan program pelajar Malaysia ke Jepun menerusi Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP).