Batal hasrat lawat saudara mara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

GEORGE TOWN, 20 Mac - Polis negeri Pulau Pinang menasihati orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar termasuk membatalkan hasrat melawat saudara-mara berdekatan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sekatan jalan raya yang dilakukan pihaknya mendapati masih banyak kenderaan di jalan-jalan, meskipun pelbagai arahan telah dikeluarkan.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi sekatan jalan raya di Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.