Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Operasi bersepadu imigresen, 21 PATI ditahan

  • Published in Berita Semasa

KEDAH - Bersembunyi dicelah guni besar serta bawah katil yang diubahsuai.

Itu antara tindakan nekad pendatang asing tanpa izin ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen di beberapa buah kilang di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Pengarah Imigresen Kedah Zuhair Jamaludin dalam operasi itu semalam seramai 21 pendatang asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Kesemua yang ditahan melibatkan 9 wanita warga Indonesia serta 6 lelaki dan 5 wanita warga China.

Mereka berusia antara 21 tahun sehingga 65 tahun.

Pemeriksaan turut dilakukan di sebuah restoran.

Kes disiasat menurut Seksyen 6 (1) 9 (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15 (1)(c) atas kesalahan tinggal lebih masa dan Peraturan 36(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semua yang ditahan dibawa ke lokap imigresen untuk siasatan sebelum di tempatkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik.