Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Pinjaman bawa tuah, pegawai polis dipilih sebagai pemenang

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pegawai polis menggunakan kemudahan pinjaman menerusi Koperasi PDRM (KPDRM) membawa tuah apabila beliau dipilih sebagai pemenang Kempen Pembiayaan koperasi.

Dalam kempen itu, Inspektor Soffi Misli yang bertugas di IPD Gombak mengatasi 858 peserta lain, membolehkannya memenangi sebuah kereta Perodua Axia.

Hadiah disampaikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador.

Menurut Cawangan Komunikasi Korporat KPDRM, pembiayaan merupakan salah satu inisiatif entiti itu dalam menjadikannya antara 10 koperasi terbaik di Malaysia.

KPDRM yang mempunyai 100,000 ahli merupakan salah satu daripada empat institusi kewangan diiktiraf sebagai Agensi Dana Bumiputera.