Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Peperiksaan SPM 2019 : 416,416 bakal duduki peperiksaan

  • Published in Berita Semasa

Lebih 400,000 calon akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu hadapan.

Mereka akan menduduki peperiksaan terbabit di 3,313 pusat peperiksaan seluruh negara.

Para calon akan menduduki peperiksaan terbabit bermula 14 Oktober hingga 28 November.

357,010 daripada mereka merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan pula ialah seramai 8,320 orang dan calon sekolah menengah agama negeri seramai 8,317 orang.

Seramai 2,209 sekolah menengah agama rakyat akan menduduki peperiksaan sama.

Calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kepenterian Pendidikan ialah seramai 14,203 orang manakala calon persendirian mencatatkan seramai 26,357 pelajar.