Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Sasar negeri bebas dadah, Negeri Sembilan mula langkah dari daerah

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN - Negeri Sembilan menyasarkan untuk menjadikan Kuala Pilah sebagai daerah bebas dadah, tahun ini.

Usaha itu kemudiannya akan dikembangkan ke daerah-daerah lain bagi memastikan negeri itu benar-benar bebas daripada masalah berkenaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selepas Kuala Pilah, Felda Sungai Kelamah dan lima kawasan taman perumahan di daerah Seremban akan menjadi tumpuan.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Agensi Anti Dadah kebangsaan dan pihak berkuasa lain.

Selain itu, pihaknya akan turut bekerjsama dengan masyarakat setimpat dalam memastikan masalah dadah dapat dibanteras sepenuhnya.

Datuk Seri Aminuddin berkata demikian pada majlis penutup Bengkel Pemerkasaan Komuniti Latihan kepada Jurulatih di Seremban.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Negeri Sembilan memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk persatuan berkenaan menjalankan aktiviti memerangi dadah di negeri itu.