Logo

Perintah Kawalan Pergerakan: Sentiasa di rumah, amal jarak sosial - Majlis Keselamatan Negara

PUTRAJAYA, 18 Mac - Berkuat kuasa hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.

Bagi melaksanakan perintah ini, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan orang ramai supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk membeli keperluan asas.

Mereka juga diminta mengamalkan jarak sosial antara satu sama lain demi mengelak jangkitan COVID-19.

Perkhidmatan asas tidak terjejas termasuk pengangkutan dan telekomunikasi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-8888 2010.

 

 

Kekal di rumah, amal jarak sosial - MKN

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.