Friday, 7 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Kerjasama Malaysia dan UK, perkongsian nilai serta kepakaran

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 13 Mac - United Kingdom akan terus mencari ruang bagi memastikan Malaysia sentiasa memilih United Kingdom sebagai rakan kongsi untuk sektor pendidikan, penyelidikan dan inovasi.

United Kingdom percaya dengan perkongsian nilai serta kepakaran, lebih banyak peluang kerjasama terjalin.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British Kuala Lumpur, David Thomas berkata demikian dalam ucapannya sempena meraikan kerjasama antara UCSI College dengan Oxford Brookes University di Kuala Lumpur.

Beliau turut menyatakan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan United Kingdom sudah lama terjalin dari segi ekonomi, komersial, politik, pertahanan dan diplomatik.

Malahan, beliau mengakui dalam sektor pendidikan sahaja, kerjasama seperti ini bukan perkara baharu malahan kini terdapat lebih dari 20,000 pelajar Malaysia yang sedang belajar di United Kingdom.

Bermula Mei ini, UCSI College akan menawarkan ijazah yang menggunakan silibus daripada United Kingdom (UK) dan ijazah akan dikeluarkan oleh Oxford Brookes University.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang www.ucsiuniversity.edu.my