Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Sokongan Masyarakat Perlu,Pastikan Kesejahteraan OKU.

  • Published in Berita Semasa

Foto: BERNAMA

BANGI - Pihak berkepentingan perlu memainkan peranan menyediakan rangkaian sokongan yang berkesan, agar kesejahteraan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam komuniti, terus terpelihara. Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, hala tuju kerajaan dalam aspek penjagaan golongan OKU adalah dengan pendekatan program dan perkhidmatan berasaskan komuniti secara mapan ,Selain untuk berkongsi tanggungjawab kesejahteraan OKU di antara keluarga, komuniti dan NGO.

Jelas beliau, ini dapat dilihat dengan pengwujudan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Sehingga Jun lalu, terdapat 551 PDK di seluruh negara. Datuk Seri Dr Wan Azizah berucap pada Program Lawatan Turun Padang ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, di Bangi, Selangor.

((RTM/ROHAIDA))