Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Kes Denggi Di Perak Berkurang Sejak Januari

  • Published in Berita Semasa
Foto: Google

IPOH - Kes denggi di Perak menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini dengan hanya mencatat 1,739 kes berbanding 4,318 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata 4 kes kematian dilaporkan berbanding 8 kes dalam tempoh sama.

Katanya penurunan mendadak itu disebabkan kesedaran masyarakat selain usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani wabak tersebut. katanya
, masyarakat sudah semakin peka tentang bahaya wabak denggi.

Banyak kawasan yang sebelum ini berlaku kes denggi telah dibersihkan dan dijaga dengan baik.

Ia termasuk bantuan daripada kerajaan negeri melalui pelbagai agensi terutama membabitkan aktiviti pencegahan seperti gotong-royong juga banyak dijalankan dan kami harap ia akan diteruskan daripada semasa ke semasa.

((BERNAMA))