Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Malaysia Belum Serah Notis Penuh Mengenai Hsr Kepada Singapura - PM

  • Published in Berita Semasa

 

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Malaysia masih belum menyerahkan notis atau makluman penuh kepada Singapura berhubung keputusannya, bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Demikian menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan semalam, bahawa Singapura masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek mega berkenaan.

Republik itu pada 1-Jun lepas, telah meminta Kerajaan Malaysia, menerusi saluran diplomatik untuk mengesahkan pendiriannya, terhadap projek tersebut.

((BERNAMA))