Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Berkas Jho Low: PDRM Tunggu Respons Pihak Berkuasa Macau

  • Published in Berita Semasa
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu respons pihak berkuasa Macau bagi memberkas ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development  Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau lebih dikenali Jho Low yang dipercayai berada di sana.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau difahamkan ahli perniagaan itu telah melarikan diri dari Hong Kong ke Macau dengan menaiki feri.

“Sebelum ini, kita telah menghantar pasukan ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa di sana, namun apabila tiba di sana, suspek telah melarikan diri menuju ke Macau melalui jalan laut.

“Bagaimanapun, kita telah menghantar permohonan rasmi ke Macau berikutan kes ini. Kita juga telah menghantar notis merah bagi memohon bantuan negara-negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, India, Myanmar, China, Hong Kong melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Taiwan melalui saluran diplomatik.

“Sekarang, kita perlu menunggu respons daripada Macau bagi membolehkan kita mengambil tindakan dalam memburu Jho Low,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-83, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) di sini.

 

((BERNAMA))