Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

'Pembersihan' Dilaksanakan Di Seluruh Agensi Penguatkuasaan Bawah KDN - TPM

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan tindakan ''pembersihan'' secara menyeluruh terhadap anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di bawahnya yang terlibat dengan jenayah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu akan dilakukan setiap waktu dan tidak bermusim.

"Kita harus bersiap siaga setiap masa kerana ada dalam kalangan kita yang ada sifat tidak baik hingga ''merosakkan susu sebelanga''.

"Dan saya tidak mahu keadaan itu berlaku di mana-mana agensi jabatan penguatkuasaan di bawah KDN dan kementerian lain juga," katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.


Sumber : BERNAMA