Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

PRK DUN Pujut Pada 4 Julai Ini

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Sarawak diadakan pada 4 Julai susulan pelucutan jawatan penyandang kerusi itu daripada DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas hari ini turut menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia.

((BERNAMA))