Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

PM Mahu Azizulhasni Jadi Contoh Ikutan Generasi Muda

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu  Johan Keirin Dunia Azizulhasni Awang  menjadi role model (contoh ikutan) rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.

Beliau berharap pencapaian Azizulhasni akan mendorong rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan lebih cergas dalam bidang sukan.

Beliau berkata pada majlis penyampaian  seunit suite kediaman sumbangan Naza Corporation Holdings kepada Azizulhasni di Seri Perdana di sini.

((BERNAMA))