Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

638 warga KKMM diiktiraf cemerlang

  • Published in Berita Semasa

SERDANG, 3 Mac - Seramai 638 warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 hari ini.

Kesemua penerima tersebut mewakili agensi masing-masing dibawah naungan kementerian.

Lebih 300 penerima merupakan warga Jabatan Penyiaran.

Dalam ucapannya ketika merasmikan APC 2019, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad menegaskan, tempoh masa yang lama dalam perkhidmatan bukan jaminan seseorang itu perlu dinaikkan pangkat.

Jelasnya, zaman ‘seniority’ mendahului dalam proses kenaikan pangkat sudah berlalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam menghadapi ekosistem pembangunan negara yang semakin mencabar dan kompleks, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan keupayaan berfikir dan membuat keputusan dengan cepat, tepat dan bijaksana.

Anggota perkhidmatan awam juga harus memegang kuat prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah.

Pada masa sama, Datuk Suriani mengingatkan warga jabatan agar mengekalkan profesionalisme dan tidak menyalah gunakan media sosial untuk tujuan salah.