Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Tun Dr. Mahathir adakan mesyuarat bincang Pakej Rangsangan Ekonomi

  • Published in Nasional
Foto - Chedet Official

PUTRAJAYA, 26 Feb - Tun Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga sebagai Perdana Menteri Interim.

Mesyuarat bagi membincangkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sebanyak 4 keping gambar mesyuarat dimuat naik di media sosial Tun Dr. Mahathir.

Mesyuarat dihadiri Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid, Penasihat Media dan Komunikasi, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican.

Pakej rangsangan ekonomi dijadual diumumkan esok.