Tuesday, June 2, 2020

updated 4:56 AM UTC, Jun 2, 2020

Bekas pegawai tentera berpangkat Mejar didakwa terima rasuah

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 26 Feb -  Seorang bekas pegawai tentera berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan 8 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan jaminan RM15 ribu ke atas tertuduh, Mohd Suhaizal Mat Sulaiman, 42 tahun.

Tertuduh didakwa menerima wang suapan berjumlah RM5,700 bagi kes pertama.

Bagi kes kedua pula, Mohd Suhaizal dituduh menerima suapan berjumlah RM4,300 bagi pelantikan syarikat untuk melaksanakan kerja selenggaraan sivil, mekanikal dan fasilitas, Rumah Keluarga Angkatan Tentera Desa Pulada dan infra mekanikal Pusat Latihan Tentera Tempur Darat, PULADA.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan rasuah di sebuah bank di Kluang, Johor pada 20 September 2016.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(A), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.