Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

PDRM menyatakan kesediaan membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka - Ketua Polis Negara

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyatakan kesediaan membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka ketika ini.

Demikian dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini tiada tangkapan telah dibuat pihaknya ekoran kegiatan tersebut.

Tan Sri Abdul Hamid ditemui media di Putrajaya.

Bermula 11 September lalu, JAS menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka di seluruh ekoran jerebu teruk yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Menurut Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi 500 ribu ringgit atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM 2 ribu juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.