Logo

COVID-19; Kaedah ujian oleh IMR diperakui WHO

KUALA LUMPUR, 26 Feb - Institut Penyelidikan dan Perubatan, IMR Kementerian Kesihatan mengadakan sesi taklimat media mengenai proses dan prosedur ujian pengesanan makmal COVID-19.

Sesi berkenaan memberi gambaran tepat berkaitan keupayaan fasiliti itu melaksanakan proses saringan kesihatan berkaitan wabak tersebut.

IMR menggunakan kaedah ujian diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO dikenali sebagai ujian COVID-19 WHO.

Sampel dibahagikan kepada dua vial dan satu daripadanya dinyahaktif pada suhu 65 darjah selsius selama sejam untuk mematikan virus.

Sampel klinikal itu akan dibawa ke makmal bagi mengenal pasti virus COVID-19 menerusi proses ekstrak, tindak balas virus dan sebagainya.

Keputusan ujian sampel perlu dilaporkan dengan segera kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) termasuk senarai nama pesakit dan maklumat terperinci.

Unit Virologi, IMR juga memberikan latihan pengujian sampel klinikal COVID-19 kepada makmal hospital dan makmal kesihatan awam supaya ujian ini dapat dijalankan mereka sendiri di bawah pemantauan IMR.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.