Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Malaysia bercadang mengguna pakai sistem saringan keselamatan awal atau 'Automated Targeting System-Global' sekat kemasukan pengganas - Tan Sri Muhyiddin Yassin

  • Published in Berita Semasa

WASHINGTON - Malaysia bercadang mengguna pakai sistem saringan keselamatan awal atau 'Automated Targeting System-Global', bertujuan menyekat kemasukan pengganas atau penjenayah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sistem ini, Malaysia akan dapat berkongsi kandungan pangkalan data dengan Amerika Syarikat.

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian selepas mengunjungi beberapa institusi keselamatan Amerika Syarikat sempena lawatan kerja ke Washington.