Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Pengasas AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan meletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan meletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di akaun Twittternya petang tadi.

Tan Sri Tony, berkata keputusannya itu bagi memberi peluang dan mengetengahkan barisan pemimpin baharu.

Bulan lalu, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan bagi menyokong transformasi syarikat sebagai platform perjalanan dan kewangan selain membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.

Penstrukturan semula itu turut melibatkan pelantikan Aireen Omar sebagai presiden AirAsia Group yang akan turut mengetuai bahagian modal teroka korporat.