Tuesday, June 2, 2020

updated 4:56 AM UTC, Jun 2, 2020

Kawasan hutan berhampiran stesen keretapi Bukit Bendera terbakar lagi

  • Published in Berita Semasa

GEORGE TOWN, 26 Feb - Kira-kira dua ekar kawasan hutan berhampiran stesen bawah keretapi funikular Bukit Bendera terbakar lagi tengah malam tadi.

Kebakaran kedua sejak Ahad lalu ini melibatkan pokok kecil serta daun kering di hutan berkenaan.

Pegawai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Nafis Ariff Abdullah berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi.

Anggota bomba terpaksa berjalan kaki sejauh 100 meter dari stesen bawah bagi mengawal api daripada merebak.

Punca kebakaran masih disiasat.