Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Pentadbiran negara tetap dilaksanakan penjawat awam di seluruh negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Feb - Susulan peletakan jawatan Perdana Menteri dan ketiadaan menteri-menteri kabinet ketika ini tidak merencatkan pentadbiran negara.

Ini kerana tugas pentadbiran masih dilaksanakan penjawat awam di seluruh negara seperti biasa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Khairul Adib Abdul Rahman berkata sifatnya yang apolitical dan berkecuali membolehkan penjawat awam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan pertama ex-gratia kematian kepada balu Allahyarham Adlan Abdul Aziz, Herlyna Bachtiar di Ibu negara.

Beliau turut menasihatkan penjawat awam agar tidak melakukan perkara bertentangan dengan kehendak dan ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan sedia ada.