Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Situasi Jerebu - Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti sebahagian anggota - Datuk Mohamad Hamdan

  • Published in Berita Semasa

SEPANG - Peka dengan situasi jerebu ketika ini Jabatan Bomba dan Penyelamat mencatu dan membekukan cuti sebahagian anggota mereka mengikut keperluan dan keadaan semasa negeri-negeri terjejas.

Jelas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid langkah itu bagi melicinkan operasi bantuan dan pemadaman kebakaran.

Datuk Mohamad Hamdan ditemui pada majlis penyerahan kenderaan pacuan 4 roda dan motosikal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sepang Selangor.