Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Tokoh Hari Malaysia - PERKIM Langkawi, Dato Mansor Ismail

  • Published in Berita Semasa

LANGKAWI - Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM Langkawi, Dato Mansor Ismail ; 68 tahun dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Hari Malaysia di Langkawi.

Beliau dipilih berdasarkan sumbangan dan khidmatnya di pulau berkenaan.

Antara jawatan yang di pegang beliau ; Pengerusi Persatuan Pesara-pesara Kerajaan Malaysia Langkawi,Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia dan Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Kedah selain pernah menjadi Pegawai Daerah Langkawi.

Dato' Mansor ditemui selepas menerima anugerah berkenaan sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Langkawi 2019.

Hampir 500 peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan wakil jabatan memeriahkan sambutan yang dianjurkan Pejabat Daerah Langkawi.