Tuesday, July 14, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Hari Tentera Darat akan disambut pada Ahad

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 25 FEB - “Tentera Darat Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa”.

Tema itu dipilih bagi sambutan Hari tentera Darat yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memaklumkan Majlis Kemuncak Sambutan ini akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah.

Tambahnya, pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena sambutan tersebut, antaranya mengadakan pengambilan rekrut dan Askar Wataniah.

Dengan penganjuran sambutan ini, rakyat dapat mendekati dan memahami warga tentera yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara

Beliau ditemui sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-87, di Wisma Pertahanan, di ibu negara.