Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Ahli Parlimen menghadap Yang Di-Pertuan Agong hari ini dan esok

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Semua ahli Parlimen akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dan esok.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Ahmad Fadil Shamsuddin, setiap ahli Parlimen akan dipanggil seorang demi seorang dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali akan bertindak sebagai saksi.

Menurut beliau, sesi menghadap baginda akan berlangsung di bilik seri bendahara di istana negara bermula 2.30 petang ini dan dijangka tamat 7 malam.

Hari ini seramai 90 orang ahli parlimen manakala esok seramai 132 lagi ahli parlimen akan menghadap baginda.

Setiap Ahli Parlimen diperuntukkan antara dua hingga tiga minit untuk menyatakan pandangan masing-masing, sepanjang proses temu bual berlangsung.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, setakat ini pihaknya tidak boleh dedahkan siapa Ahli Parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini.

Bagaimanapun tiada bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini.

Jelasnya lagi, baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada individu yang dipilih.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Istana Negara.