Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

JKDM berjaya rampas 2 juta batang rokok putih, kretek pelbagai jenama

  • Published in Berita Semasa

PERAK, 25 Feb - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya mematahkan satu cubaan sindiket penyeludupan rokok bernilai dua juta ringgit dalam satu serbuan di sebuah rumah di Setiawan, Lumut.

Dalam serbuan tersebut, sebanyak 2 juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama berjaya dirampas.

Pengarahnya, Dr Mohamad Saprin berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, rumah berkenaan tidak berpenghuni berikutan individu tersebut dipercayai telah melarikan diri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Kastam di Ipoh.

Dalam perkembangan lain, JKDM Perak berjaya merampas lebih enam ribu tin dan seribu botol minuman keras di sebuah rumah di Cheras, Selangor dalam satu serbuan pada 20 Februari lalu.

Hasil intipan selama seminggu itu, pihaknya berjaya merampas kesemua minuman keras yang bernilai lebih RM100,000.

Kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 196.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.