Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

PERKESO serah wang pencen penakat kira-kira RM2,120 kepada waris penyanyi Melayu Asli

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 25 Feb - Waris kepada penyanyi Melayu Asli Johor Allahyarharmah Wahida Abdul Rahman, menerima wang pencen penakat berjumlah kira-kira 2 ribu 120 ringgit daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO Johor.

Wang tersebut diterima suami kepada Allahyarhamah, Ismail Bahari dan anak-anak.

Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang, berkata wang pencen tersebut diberikan seumur hidup kepada suami sebanyak 3 per lima bahagian dan anaknya hingga berumur 21 tahun sebanyak dua per lima bahagian.

Allahyarhamah yang dikenali melalui lagu "Embun di rumput", menghembuskan nafas terakhirnya 5 Februari lalu di kediamannya di Skudai akibat kanser payudara.