Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Semua pihak perlu ambil perhatian kestabilan politik negara

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Semua pemimpin parti seharusnya menyatakan sokongan dan kepercayaan mereka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kestabilan politik negara.

Perkara berkenaan diperlukan bagi membolehkan Tun Dr Mahathir membuat keputusan dengan baik berhubung landskap politik tanah air.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod menjelaskan, Tun Dr Mahathir berhak memilih pemimpin yang berkaliber dan berkebolehan bagi menjalankan tugas.

Perlantikan Tun sebagai Perdana Menteri Interim masih memberi beliau kuasa untuk membuat keputusan termasuklah melantik barisan kabinet.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia SPM di Angkasapuri.