Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Projek kampung mesra penyu inisiatif kekalkan populasi, pulihara habitat

  • Published in Berita Semasa

 

MASJID TANAH, 25 Feb - Jabatan Perikanan Melaka mempergiat usaha memelihara dan memulihara penyu menerusi projek Kampung Mesra Penyu dengan pembabitan penduduk kampung secara aktif.

Pengarahnya Johari Tim berkata, usaha yang turut mendapat kerjasama World Wide Fund for Nature (WWF) itu bakal menjadi salah satu lokasi tarikan pelancongan di negeri ini sekiranya ia berjaya dilaksanakan.

Projek perintis ini boleh dilakukan di negeri lain dalam usaha mengekalkan populasi habitat berkenaan.

Beliau menyatakannya selepas program Hari Pengembangan Perikanan Peringkat Melaka di Masjid Tanah.