Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Isu politik semasa tidak beri kesan kepada Terengganu

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, 25 Feb - 'Situasi lebih genting di peringkat kerajaan pusat.'

Demikian reaksi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim yang menyifatkan keadaan status quo di Terengganu.

Beliau menjelaskan isu politik yang berlaku tidak begitu memberi kesan kepada Terengganu yang lebih solid dari segi pecahan politik dua segmen iaitu melibatkan PAS dan UMNO.

Jelasnya, tumpuan politik langsung tidak dibincangkan dalam konteks Terengganu berbanding beberapa negeri yang dijangka akan berlaku banyak perubahan.

Meskipun keadaan turut melibatkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun isu penglibatan parti itu dalam Pakatan Nasional lebih kepada di peringkat pusat.

Secara asasnya, ia tidak memberi kesan kepada landskap politik Terengganu.

Bagaimanapun, Dr. Mohd Yusri berharap Yang di-Pertuan Agong dapat memberi petunjuk jelas sekali gus mengakhiri kemelut berkenaan secepat mungkin.