Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Tiga fasa ubah suai susur keluar PLUS Bukit Tambun untuk atasi kesesakan

  • Published in Berita Semasa

BUKIT TAMBUN, 20 Feb - RM340,000 diperuntuk kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian jalan di susur keluar Bukit Tambun dari Lebuh raya Utara Selatan ke Jalan Bukit Tambun.

Ia sebagai langkah mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan.

EXCOnya, Zairil Khir Johari berkata, tiga fasa pengubahsuaian dilakukan membabitkan laluan berhampiran susur keluar lebuh raya termasuk jalan persekutuan dan negeri.

Fasa pertama sudah selesai dan projek keseluruhan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan di persimpangan Jalan Bukit Tambun.