Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

FAMA tawar harga belian tinggi tembikai di ladang

  • Published in Berita Semasa

MARANG, 20 Feb - Lebihan pengeluaran tembikai berlaku di Kelantan, sekaligus menyebabkan harga jualan ladang bagi tembikai turun serendah RM0.50 sekilogram.

Melihat kepada kemerosotan harga ini, Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamad berkata, FAMA Terengganu menawarkan harga RM0.80 sekilogram kepada peserta ladang kontrak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di negeri itu.

Tawaran belian pada harga ladang itu melibatkan tembikai gred premium seberat lima kilogram ke atas.

Buah ini akan diedar di lebih 100 outlet runcit di bawah MOA.

Beliau menyatakannya selepas Majlis Menandatangani Jual Beli antara FAMA dengan tujuh peserta Ladang Kontrak MOA di Serating, Marang.

Kemuncak pengeluaran tembikai di Terengganu direkodkan dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Julai hingga Ogos melibatkan ladang di Setiu dan Marang.