Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Kabinet tidak bincang mengenai MH370

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Feb - Mesyuarat Kabinet pada Rabu tidak membincangkan apa-apa berkaitan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines susulan dakwaan dibuat bekas Perdana Menteri Australia Tony Abbott berhubung tragedi itu.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, Abbott dalam klip daripada satu dokumentari yang disiarkan mendakwa seorang pegawai atasan Malaysia percaya kehilangan pesawat MH370 mungkin disebabkan juruterbang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membunuh diri.

Enam tahun lalu, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.