Logo

Traxxfm teruskan kempen derma darah bantu tingkat bekalan Pusat Darah Negara

 

ANGKASAPURI, 19 Feb - Stesen radio Traxxfm meneruskan kempen menderma darah bagi membantu meningkatkan bekalan Pusat Darah Negara selepas penganjuran tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan.

Kempen Traxxfm Blood Drive 2020 sudah memasuki tahun kelima diadakan di Wisma Radio, Angkasapuri bermula jam 9 pagi hingga 4 petang tadi.

Selain menyumbang kepada bekalan darah Pusat Darah Negara, kempen tersebut juga bertujuan mendekatkan pendengar dengan stesen radio tersebut dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, sesi kaunseling, saringan HPV dan pameran penjagaan kesihatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.