Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Peruntukan berjumlah RM 6 hingga RM10 bilion diperlukan bagi meneruskan pembangunan semula Kampung Bharu

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Peruntukan berjumlah RM 6 hingga RM10 bilion diperlukan bagi meneruskan pembangunan semula Kampung Bharu.

Justeru Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu Zulkarnain Hassan berharap peruntukan itu boleh dipertimbang Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2020.

Katanya lagi, peruntukan itu bagi menampung kos perolehan tanah yang merupakan cabaran utama kepada usaha pembangunan kawasan itu.

Sekiranya peruntukan itu diperoleh, Perbadanan itu akan meneruskan pembangunan melalui 2 peringkat.

Ia melibatkan proses perolehan tanah dan pelaksanaan pembangunan yang cekap, dalam usaha memajukan kawasan penempatan kaum melayu itu.

Permohonan peruntukan tersebut telah pun dibawa ke perhatian Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Beliau mengulas mengenai harapan Perbadanan itu terhadap Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan 11 Oktober ini.