Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Tujuh suspek berkaitan sindiket dadah ditahan dalam lima serbuan berasingan di Perlis

  • Published in Berita Semasa

KANGAR - Tujuh suspek berkaitan sindiket dadah ditahan dalam lima serbuan berasingan sekitar Kuala Perlis, Simpang Empat dan Arau. 

Pelbagai jenis dadah dirampas dengan nilai keseluruhan dianggar RM 121 ribu.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad berkata, suspek berusia 22 hingga 52 tahun.

Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif syabu dan ganja serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Turut dirampas, tiga buah kereta dan sebuah motosikal bernilai RM 120 ribu.

Suspek direman tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dato’ Surina menyatakan demikian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Kangar.